Kelas membuka akaun Facebook
31 Disember 2016 | Aktiviti Terkini
Pada 30 Disember 2016, Pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Kampung Semangar Dalam telah mengadakan Kelas membuka akaun facebook. Program ini diadakan bagi memberi peluang kepada komuniti terhadap pendedahan laman sosial. Program ini berlangsung bermula dari jam 10.00 hingga 12.00 pagi.
Program ini dijalankan adalah bertujuan untuk berkongsi dengan komuniti terhadap kemudahan facebook pada masa kini. Penggunaan facebook ini dapat memberi kemudahan untuk berhubung dengan rakan yang berada jauh serta yang sudah lama tidak berhubung.
Facebook juga dapat memberi peluang kepada komuniti untuk mengenali kenalan baru serta boleh dijadikan medan untuk meniaga. Usahawan digalakkan untuk menceburi gaya pemasaran baru agar dapat meningkatkan keuntungan perniagaan pada masa hadapan kelak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: